Kita merayakan Paska untuk memperingati kemenangan Yesus melalui kematian-Nya yang telah melepaskan kita daripada cengkaman dosa dan hukuman terhadap dosa. Perjamuan Kudus yang telah dimulai oleh Yesus pada 2000 tahun lebih yang lalu telah memberi makna baru bagi kita iaitu pengampunan dosa melalui tumpahan darah Yesus. Kita adalah orang yang telah menerima pengampunan. Bagaimanakah cara kita hidup sesuai dengan pengampunan Tuhan? Kita harus hidup sesuai dengan tuntutan kasih Tuhan terhadap kita, iaitu mengasihi Tuhan dan sesama. Kasih Tuhan itu mengampuni.
Darah Yesus yang mengalir adalah darah perjanjian yang memberikan janji pengampunan dosa untuk mendamaikan manusia dengan Allah. Tanpa tumpahan darah tidak ada pengampunan.
Kasih Tuhan itu mengampuni; Dia telah mengampuni kita yang berdosa melalui darah-Nya dan sekarang kita juga harus mengampuni orang yang telah bersalah kepada kita. Inilah cara hidup yang dituntut oleh kasih Tuhan.
Sempena Paska ini, mari bersama-sama merenungkan kasih Tuhan iaitu pengampunan dosa yang telah diberikannya melalui pengorbanan-Nya di kayu salib.
Ditulis Oleh Dr Eva Wong Suk Kyun
Ramai orang dari merata-rata tempat terdorong oleh Pedoman Harian setiap hari.
Daftarlah sekarang untuk menerima Pedoman Harian melalui e-mel