Pengampunan dalam Keluarga

Laman Utama > Perkongsian Hamba Tuhan > Pengampunan dalam Keluarga

Pengampunan dalam Keluarga

Kitab Kejadian menceritakan kepada kita tentang hubungan antara Esau dan Yakub, iaitu anak kembar Ishak dan Ribka. Kitab Kejadian memberitahu kita sebanyak dua kali tentang Esau, anak yang lebih tua telah kehilangan hak kesulungannya.

Dalam kes pertama, apabila Esau yang kepenatan kembali ke rumah dari ladang, dia merayu kepada adik kembarnya, Yakub untuk memberikan dia semangkuk bubur kacang merah milik Yakub (Kejadian 25). Yakub bersedia untuk memberikan bubur tersebut hanya jika Esau memberikan hak kesulungannya, iaitu hak untuk mewarisi kepimpinan dalam keluarga dan mendapatkan dua bahagian daripada warisan keluarga. Lalu Esau bersetuju.

Kemudian dalam Kejadian 27, apabila Ishak yang sudah bersedia untuk memberikan berkat anak sulung kepada Esau, Yakub dengan secara menipu menerima berkat tersebut. Esau sangat marah dan menunggu peluang untuk membunuh Yakub. Dia terpaksa disuruh pergi oleh Ribka.

Beberapa tahun kemudian, apabila kedua-dua kembar ini bertemu (Kejadian 33), Yakub berasa takut jika Esau akan membunuh dia dan keluarganya. Tetapi sebaliknya, Esau berasa gembira melihat Yakub. Ini sangat jelas dalam kitab Kejadian bahawa Esau telah mengampuni adik kembarnya, Yakub. Tindakan Esau yang memberi salam dan memeluk Yakub menunjukkan kita bahawa Esau telah mengampuni Yakub.

Jadi, apakah yang perlu saya buat apabila ahli keluarga menyakiti saya?

  1. Memilih untuk mengampuni mereka
  2. Pengampunan bermaksud saya memulakan pendamaian (Kejadian 33:4)
  3. Pengampunan bermaksud saya tidak memerlukan hadiah imbalan untuk menenteramkan saya (Kejadian 33:9).
  4. Pengampunan bermaksud saya tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa pun yang telah menyakiti saya. Tetapi sebaliknya, saya menunjukkan belas kasihan (Kejadian 33:10).
  5. Pengampunan bermaksud saya tidak meninggalkan keluarga saya (Kejadian 33:12).
  6. Pengampunan bermaksud bermaksud saya menunjukkan keprihatinan saya terhadap sesama lain (Kejadian 33:15).

“Esau berlari mendapatkannya” (Kejadian 33:4) mengingatkan saya tentang seorang bapa yang telah berlari untuk berjumpa dengan anaknya yang hilang dalam Lukas 15:20.

Dalam Kejadian 33:10b, Yakub berkata, “Yakub menamai tempat itu Peniel kerana katanya, "Aku telah bersemuka dengan Allah dan nyawaku terselamat." Pengampunan Esau sangat jelas kelihatan pada wajahnya. Oleh itu, apabila Yakub melihat Esau, dia diingatkan tentang Tuhan yang dia temui pada malam sebelumnya (Kejadian 32:30). Semoga cara kita menunjukkan pengampunan membantu orang lain untuk melihat wajah Yesus dan mengalami perkenan-Nya.

Ditulis oleh Bishop Dr T. Jeyakumar
Laman Utama > Perkongsian Hamba Tuhan > Pengampunan dalam Keluarga