Bagaimanakah cara hidup yang diampuni?

Laman Utama > Perkongsian Hamba Tuhan > Bagaimanakah cara hidup yang diampuni?

Bagaimanakah cara hidup yang diampuni?

Aku, Akulah Dia yang menghapuskan segala pelanggaranmu demi diri-Ku sendiri, dan tidak lagi mengingat dosa-dosamu. (Yesaya 43:25)
Sebagaimana jauhnya timur dari barat, begitulah jauhnya Dia telah membuang keingkaran kita daripada diri kita. (Mazmur 103:12)

Kebanyakan kita mungkin biasa mendengar ungkapan Corrie ten Boom: “Tuhan menguburkan dosa-dosa kita ke bahagian laut yang paling dalam dan meletakkan tanda padanya, “Dilarang memancing.”

Betapa indahnya jaminan untuk mengetahui bahawa bukan sahaja dosa kita diampuni, tetapi kita juga telah diangkat menjadi anak-anak yang dikasihi oleh Tuhan. Oleh itu, kita berjalan dengan iman dan bukannya kutukan. Setiap kita telah diberikan tujuan oleh Tuhan untuk dipenuhi.

Walau bagaimanapun, kita mesti ingat bahawa pengorbanan tertinggi Yesus di atas kayu salib itulah yang telah memberi jaminan pengampunan tersebut (Roma 6:1-2). Ini akan menjadi peringatan kepada kita untuk menjalani kehidupan kita dengan penuh tujuan. Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan kerana Dia ialah penebus kita dan Roh Kudus tinggal di dalam kita untuk memampukan kita untuk hidup dalam ketaatan.

Sebagai orang percaya, kita hendaklah mengasihi sesama lain seperti yang diperintahkan-Nya. Bersabar terhadap sesama kita dan mengampuni segala dosa-dosa mereka. Mengampuni kerana Tuhan telah mengampuni kita (Kolose 3:13)

Saya memetik tulisan Ken Sande, “The Peacemaker: A Biblical Guide to Resolve Conflict” (2004) yang memberikan empat cara untuk mempraktik pengampunan.

  1. 1. “Saya tidak akan memikirkan kejadian itu”
  2. 2. “Saya tidak akan mengungkit kejadian itu lagi dan menggunakannya untuk menyeranganda.”
  3. 3. “Saya tidak akan memberitahu orang lain tentang kejadian ini.”
  4. 4. “Saya tidak akan membiarkan kejadian itu memisahkan kita atau menghalang hubungan peribadi kita.”
Ditulis oleh Dr Wong Moi Lee
Laman Utama > Perkongsian Hamba Tuhan > Bagaimanakah cara hidup yang diampuni?