Mengapa Membawa Harapan?

Sebagai orang Kristian di Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk saling memperhatikan terutamanya menunjukkan keprihatinan terhadap peribumi Kristian di Sabah dan Sarawak.

Sumber rohani Bahasa Malaysia dan ibunda yang boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan iman mereka masih sangat terhad. Terdapat banyak kawasan yang masih tidak mempunyai sistem rangkaian elektrik dan internet yang baik. Oleh itu, hanya bahan cetak yang paling berkesan untuk menyalurkan firman Tuhan dan harapan.

Fokus kami adalah menyediakan bahan berdasarkan Alkitab dan berpusatkan Kristus.

Bagaimana Saya Dapat Membantu?

Anda boleh menjadi agen perubahan dengan menjadi rakan kami dalam penghasilan, pencetakan dan pengedaran bahan bacaan berdasarkan Alkitab kepada peribumi Kristian di Malaysia. Terdapat dua cara: membantu kami melalui sumbangan dana, atau menjadi rakan sepelayanan kami dalam usaha mewujudkan perpustakaan dengan menggunakan buku-buku kami.

Cara Lain untuk Menyumbang

Secara Tunai / Deposit Cek

No. akaun Maybank 501271028662
No. akaun CIMB 8006187489

Sila hantar salinan slip deposit kepada kami dengan nota rujukan "BMCause2.0"

Cek / Wang Pos

Bayar kepada "Our Daily Bread Berhad". Sila nyatakan "BMCause2.0" dan kirimkan sumbangan anda ke:

Our Daily Bread Berhad
Peti Surat 86
Taman Sri Terbau
80057, Johor Bahru
Malaysia

Perbankan internet

1) Pemindahan Atas Talian: Melalui Maybank2u atau CIMB Clicks.

2) Debit/Kad Kredit (Visa/Mastercard): Sila nyatakan "BMCause2.0" dan berikan nama penuh anda dan nombor rujukan pembaca (jika ada).

Apakah yang Dapat Saya Bantu?

Dengan membantu dan menjadi rakan sepelayanan kami, anda akan membantu dengan menyalurkan bahan-bahan ini kepada saudara dan saudari kita yang memerlukan - membantu mereka bertumbuh dalam Kristus.

Pedoman Harian

Terbitan utama Our Daily Bread terdapat dalam format edisi tahunan (bacaan untuk 365 hari).

Siri Bimbingan

Siri Bimbingan adalah siri buku-buku kecil (5000-7000 patah perkataan) yang menekankan pelbagai topik kehidupan Kristian atau isu-isu daripada perspektif Alkitab.

Siri Pemuridan

Siri Pemuridan adalah siri yang terdiri daripada 10 buku yang membincangkan topik-topik penting Kristian termasuk “Siapakah Tuhan”, “Alkitab”, “Apakah itu Gereja?”.

Siri Perjalanan Iman

Siri Perjalanan Iman adalah terjemahan daripada bahan Our Daily Bread, Journey Through Series, siri buku demi buku. Tajuk yang sudah diterjemah ialah Matius, Lukas, Yohanes, Hosea, Ester, Kolose & Filemon, dan Roma.

Sumber Kanak-Kanak

Kami mempunyai pelbagai sumber kanak-kanak yang digunakan oleh guru Sekolah Minggu dan ibu bapa yang ingin “ ajarilah anak cara hidup yang betul” (Amsal 22:6)

Sumber-Sumber Lain

Bahan lain yang kami ada ialah Tinjauan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, Seksualiti: Prinsip dan Tujuan Tuhan dan Kisah tentang Harapan (BM) atau Cherita Pasal Pengadang (Iban).

Bahan Doa

Ketahui lebih lanjut mengenai Kristian yang berbahasa Malaysia di Malaysia dan berdoa bersama-sama kami. PDF ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa, dan boleh dimuat turun agar anda dapat berkongsi kepada gereja, keluarga dan kawan-kawan anda.

Menjadi Agen Perubahan

Anda boleh menjadi agen perubahan dengan menjadi rakan kami dalam penghasilan, pencetakan dan pengedaran bahan bacaan berdasarkan Alkitab kepada Peribumi Kristian di Malaysia. Terdapat dua cara: membantu kami melalui sumbangan dana, atau menjadi rakan sepelayanan kami dalam usaha mewujudkan perpustakaan dengan menggunakan buku-buku kami.

Bantu Kami Melalui Dana

Dengan memberi sumbangan mengikut kemampuan, sumbangan dana anda akan menampung kos penggajian, penterjemahan, reka bentuk, penyuntingan, pencetakan dan penghantaran.

Sumbangan
Sasaran
40%
40%
RM 300,000.00

Jadilah Rakan Pustaka Kami

Menjadi rakan sepelayanan untuk mewujudkan perpustakan di gereja anda, pusat komuniti atau kawasan yang mesra pengguna. Anda boleh membeli sebuah buku daripada kami untuk memulakannya. Atau beli satu set bahan khusus untuk pastor atau gereja di bahagian pedalaman.

Sumbangan
Sasaran
60%
60%
100 Rakan

Bantu kami menyebarkan berita ini

Mengajak agen perubahan yang lain dan bantu kami menyebarkan berita tentang projek penting ini agar hikmah firman Tuhan yang dapat mengubah kehidupan dapat difahami dan mampu diakses oleh semua orang.